Israel ‘Bantu’ Hantar Sumbangan Covid-19 Malaysia Kepada Palestin

Tular di media sosial pada ketika ini adalah satu perkongsian daripada tentera Israel, daripada Facebook rasmi mereka yang memaklumkan mereka telah membantu penghantaran sejuta topeng muka dan 500,000 sarung tangan pakai buang dari Malaysia ke Palestin.

Meskipun hantaran itu dibuat pada 15 Mei yang lalu, ia bagaimanapun telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia dengan meninggalkan komen dan reaksi.

1 million masks & 500,000 disposable gloves donated by Malaysia, and 100 electric hospital beds donated by Saudi Arabia,…

Gepostet von Israel Defense Forces am Freitag, 15. Mai 2020

Kesemua hasil sumbangan itu dipindahkan ke Palestin melalui Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah (Cogat) – sebuah unit di bawah Kementerian Pertahanan Israel yang berkoordinasi dan berhubung dengan pihak berkuasa Palestin.

Untuk rekod, Malaysia merupakan pengeluar terbesar di dunia untuk sarung tangan getah.

BBerkaitan

Latest articles