BATU PAHAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Khairy Jamaluddin layak untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan.
Ismail Sabri berkata, calon BN Palimen Sungai Buloh itu mempunyai kredibiliti justeru itu tidak mustahil perkara itu berlaku sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti semua pihak.
“Okay, memang doa untuk Khairy dan dia kata pun bukan sekarang, akan datang. Memang dia layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.
“Kalau kita menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja Khairy antara seorang yang layak untuk menjadi Perdana Menteri suatu masa nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria di sini, hari ini.
Terdahulu, Khairy secara terbuka menyatakan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri satu hari ini nanti.
Khairy berkata, hasrat itu adalah harapan dan visi masa depan yang perlu diberi kepada orang muda dan rakyat Malaysia.