Ismail Sabri Masih Pilihan Ramai Untuk Jadi PM

KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik yang dijalankan The Mind Research 2022 pada 4 hingga 6 April lepas di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mendapati Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi menjadi pilihan untuk terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) kelak.

Kajian berkenaan dilakukan bertujuan melihat sentimen pengundi pada masa kini, selain melihat bagaimana rakyat membezakan fakta, realiti serta cerita donggeng agar tidak terkurung dalam kalangan golongan tertentu sahaja.

Selain Ismail Sabri, nama-nama lain yang turut disenarai sebagai calon PM adalah

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hasil kajian tersebut menunjukkan sokongan kepada Ismail Sabri adalah 44 peratus melalui 13,854 responden.

Manakala Anwar mendapat 29. 1 peratus dan Najib Razak pula meraih 26.9 peratus undian.

Berdasarkan demografi kajian, rata-rata responden dalam kajian ini adalah penduduk di Kuala Lumpur sebanyak (6968), Selangor (2812) dan Pahang seramai (1246) orang.

Negeri-negeri lain yang turut serta termasuklah, Negeri Sembilan (387), Perak (387), Johor (333), Sarawak (305), Terengganu (277), Kelantan (250), Melaka (250), Penang (208), Putrajaya (166), Sabah (125), Perlis (97) dan Kedah (43).

Kata Mind Research 2022 lagi, walaupun jika di lihat dalam laman sosial Najib Razak adalah nama paling popular sebagai pilihan Perdana Menteri namun hakikatnya Ismail Sabri sebenarnya secara ‘diam-diam’ telah berjaya menyakinkan responden (rakyat) dirinya mampu mentadbir negara.

Meskipun ada peserta kajian yang menyokong Anwar namun itu tidak mampu meletakkan beliau calon dikehendaki rakyat bagi jawatan nombor satu negara walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri itu sentiasa mempamerkan dirinya seorang pemimpin berjuang untuk agenda nasional.

Manakala Ismail Sabri pula yang telah menjadi Perdana Menteri sejak kejatuhan kerajaan Muhyiddin dilihat telah membuktikan beliau tidak banyak dihantui sentimen negatif sebaliknya mendapat sokongan kerana tampak lebih neutral dalam semua aspek sejak mentadbir.

“Melalui kaji selidik ini juga kami dapati Ismail Sabri berpeluang cerah kekal menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15 kerana beliau sudah mempunyai perancangan masa depan berbanding beberapa calon popular lain.

“Namun pada masa sama Ismail Sabri perlu lebih komited dalam merealisasikan kepimpinan yang ada pada dirinya dengan lebih impak,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles