Ismail Sabri Doakan Kerajaan Baru Dapat Beri Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah ke atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau juga mendoakan kerajaan baharu pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.

“Saya merafakkan setinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Setinggi tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan ini. Saya mendoakan kerajaan baharu ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara,” katanya.

Malah dalam kenyataan yang sama juga, bekas Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia dan keluarga penjawat awam, terutama petugas barisan hadapan yang bersama-sama dengannya selama ini.

“Saya amat menghargai sokongan Keluarga Malaysia dalam membantu pentadbiran saya, dalam mendepani cabaran dan memastikan Malaysia terus berada di landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini