KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan dikejarkan ke hospital pada awal pagi semalam.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbarnya, Azran Fitri Rahim dalam menerusi hantaran di Facebooknya, petang tadi.
Tekanan darah tinggi dikatakan menjadi punca in Ismail Sabri pengsan dan tidak sedarkan diri di rumahnya awal pagi tadi.
Bagaimanapun, keadaan Ahli Parlimen Bera itu kembali stabil dan sedar sepenuhnya.
“Ramai yang bertanya kepada saya mengenai keadaan terkini Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob setelah pengsan di rumahnya akibat tekanan darah tinggi kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.
“Alhamdulillah keadaan beliau pada petang ini telah stabil dan sedar sepenuhnya.
“Bagaimanapun beliau masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor di sebuah hospital di Damansara,” katanya di laman sosial itu.
Bagaimanapun katanya, doktor tidak membenarkan Ismail Sabri menerima pelawat buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.
“Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk menziarahi beliau.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau supaya kembali pulih seperti sediakala,” katanya.