Ismail bentang RUU anti-lompat parti di Dewan Rakyat

PARLIMEN : Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti yang dinanti-nantikan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ia selepas beberapa bulan perbincangan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang ditugaskan merangka RUU itu dan selepas hampir setahun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

Pembentangan RUU berkenaan adalah antara terma utama terkandung dalam MoU itu.

Menurut Perdana Menteri, Rang Undang-Undang yang dibentangkan ini bertujuan untuk meminda, memansuhkan peruntukan sedia ada serta memasukkan peruntukan baharu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

” Sebelum ini, Rang Undang-Undang mengenai pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan berkaitan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti ini telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Santubong untuk Bacaan Pertama di Dewan Rakyat pada 11 April 2022 yang lalu.

Menurutnya Kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti atau “lompat parti” atau dengan izin, “defection”, “party jumping” atau “floor crossing” yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum. Ini kerana ia melibatkan mandat atau kepercayaan rakyat yang memilih wakil mereka di Dewan Rakyat.

tambah ismail lagi, Kerajaan juga sangat serius mengenai perkara ini.

” Sebanyak 12 sesi libat urus yang komprehensif dengan pihak-pihak berkepentingan telah diadakan seawal 23 November 2021 hingga 10 April 2022, melibatkan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

Berdasarkan input dan pandangan daripada semua sesi libat urus tersebut serta keputusan Kerajaan pada 11 Mac 2022 dan 6 April 2022, sidang khas Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat telah diadakan pada 11 April 2022.

Ini selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dibacakan kali yang pertama dan diikuti perbahasan dalam proses bacaan kali yang kedua.

tambah ismail lagi, sidang Mesyuarat Majlis Khas Dewan Rakyat pada 11 April 2022 berpandangan bahawa pindaan asal Perlembagaan Persekutuan melalui Rang Undang-Undang ini perlu diteliti semula dari aspek penetapan dasar yang lebih jelas.

justeru sidang yang sama seterusnya meluluskan usul pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas yang bukan sahaja diwakili oleh pihak Kerajaan bahkan pihak Pembangkang, untuk membuat syor berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti di bawah Peraturan 81(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membuat syor-syor mengenai:-

i) meneliti dan memberi pengkhususan ke atas tafsiran kepada larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dengan merujuk kepada Fasal 2(c) dan Fasal 3, sekatan-sekatan ke atas hak membentuk persatuan yang diberi oleh perenggan (c) fasal 1;

(ii) cadangan untuk memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu; dan

(iii) menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan rang undang-undang berkaitan dengan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti serta pindaan Perlembagaan berkaitan dalam tempoh satu bulan. Jawatankuasa Pilihan Khas boleh melanjutkan tempoh ini sekiranya perlu.

Tambah Perdana Menteri lagi, selain jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang terdiri daripada sebelas (11) orang Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang dipengerusikan sendiri Yang Berhormat Santubong, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, jawatankuasa itu turut membabitkan beberapa pihak NGO dan beberapa badan lain

” Jawatankuasa Pilihan Khas juga menerima pandangan bertulis daripada pelbagai pihak termasuk NGO, CSO, ahli akademik dan parti politik, antaranya seperti The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH), Transparency International Malaysia (TI-M) dan Malaysia Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR).

Kesemua input dan pandangan yang diterima daripada ahli-ahli Jemaah Menteri, NGO, CSO, ahli akademik dan parti politik ini diteliti dan dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas katanya.

dan berikut adalah teks penuh ucapan Ismail Sabri ketika membacakan usul berkenaan

Bacaan Ke2 dan Ke3 DR -RUU Perlembagaan Pindaan_PINDAAN YAB PM

BBerkaitan

Latest articles