KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia akibat serangan jantung.
Bedah siasat dijalankan ke atas mangsa berusia 59 tahun itu jam 9 malam tadi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan serangan jantung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Ishsam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HPP di sini, jam 10.40 malam tadi.
Allahyarham dibawa pulang ke kediamannaya di Desa Seri Ampang, Ipoh dengan van jenazah serta diiringi beberapa kenderaan ahli keluarga.
Jenazah Ishsam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia jam 10 pagi esok.