More

    Isham: Lebih Baik Untuk Tun M Sertai DAP

    Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil mengkritik tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan penubuhan parti barunya hari ini dengan menyarankan agar beliau menyertai DAP.

    Parti Baru Tun M ‘Lebih Kurang’ Bersatu

    “Kepada Tun Mahathir dan pengikutnya, daripada menjadi musuh dalam selimut untuk orang Melayu, mungkin lebih baik mereka terus masuk DAP secara terang-terangan seperti segelintir Melayu DAP yang lain.

    “Lebih 20 tahun dahulu, dia telah memecahbelahkan orang Melayu dengan penubuhan parti PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat pergaduhan mereka.

    “Lima tahun lalu pula, beliau telah memecahbelahkan lagi orang Melayu melalui penubuhan parti Bersatu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak kerana tidak membantu anaknya dalam politik UMNO.

    “Kini, dia akan memecahbelahkan lagi orang Melayu dengan penubuhan satu lagi parti Melayu,” demikian memetik kenyataannya, hari ini.

    Dr Mahathir, hari ini bersama lima lagi ahli Bersatu yang dipecat pada penghujung Mei lalu bakal menubuhkan sebuah parti baru yang disifatkannya sebagai bebas – tidak cenderung kepada Pakatan Harapan (PH) mahu pun Perikatan Nasional (PN).

    Ahli Panglima Langkawi itu berkata hala tuju parti baru itu juga menyamai Bersatu, iaitu berteraskan Melayu dan Bumiputera.

    Sementara itu, Isham dengan lebih lanjut berkata, penubuhan parti baru Dr Mahathir itu akan membawa lebih perpecahan di kalangan kaum Melayu.

    Dr Mahathir, sebelum ini seperti yang dikatakan dalam sebuah wawancara memberitahu terlalu banyak parti politik di Malaysia menjadi punca kepada ketidakstabilan negara dan menyukarkan rakyat untuk mempercayai kalangan pemimpin.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini