Iran Pecat Ketua Bank Pusat Apabila Nilai Mata Wang Mereka Jatuh

Iran yang masih belum stabil akibat siri protes sejak beberapa bulan lalu memecat ketua bank pusatnya, kelmarin.

Lapor media tempatan, keputusan itu dibuat ketika nilai mata wang negara itu jatuh sehingga ke paras terendah.

“Selepas menerima perletakan jawatan Ali Salehabadi, lembaga kerajaan melantik Mohammad Reza Farzin sebagai ketua bank pusat yang baharu,” lapor stesen televisyen kerajaan.

Langkah itu dibuat ketika mata wang Iran, rial merossot hampir satu per tiga daripada nilainya di pasaran dalam tempoh dua bulan lalu, selain menyaksikan kadar inflasi terus memuncak.

Siri protes yang berlangsung selama beberapa bulan rentetan daripada kematian seorang wanita, Mahsa Amini pada 16 September lalu ketika dia berada dalam tahanan polis.

Situasi itu secara tidak langsung memburukkan lagi keadaan di negara ini yang sudah pun berdepan pelbagai sekatan sejak 2018 selepas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menarik AS keluar daripada perjanjian nuklear 2015 yang membabitkan Teheran dan kuasa besar dunia.

Perjanjian itu memberi kelegaan sekatan kepada Iran sebagai pertukaran untuk mengeang program nuklearnya sebagai jaminan bahawa Teheran tidak membangunkan senjata nuklear.

Selain itu, Barat juga menekan Iran selepas menuduh republik itu membekalkan pesawat dron kepada tentera Russia dalam perang Ukraine, namun dinafikan Teheran. – AFP

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,683FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini