iPhone Milik Nur Farah Kartini Ditemui, Polis Cari Bukti Di Lokasi Lain Lagi

KUALA LUMPUR: Unit sub akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menemui telefon pintar jenis iPhone dipercayai milik Nur Farhana Kartini Abdullah di kawasan parit ladang kelapa sawit di Kg Sri Kledang, Hulu Bernam jam 12.21 tengah hari tadi.

Bahan bukti itu ditemui selepas hampir sejam pencarian dilakukan oleh

Dianggarkan tiga anggota polis itu mengambil masa selama sejam menyelas di dasar parit yang sama dimana mayat Nur Farhana Kartini ditemui, Isnin lalu.

Malah suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dibawa ke lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi.

Suspek yang juga anggota berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Perak dibawa ke lokasi kejadian untuk membuat pengesahan beberapa barang milik mangsa termasuk telefon pintar.

Sebelum itu,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, manakala Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula jam 9.55 pagi tadi.

Proses mengesan bahan bukti yang memasuki hari kedua itu antara lain turut menggunakan alat pengesan logam dan pam air.

Dalam pada itu polis akan melakukan penyelaman di lokasi lain bagi mencari bahan bukti kes pembunuhan wanita berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun pihaknya enggan mendedahkan butiran lokasi kedua itu.

“Ada satu lagi, di kawasan ini (Kampung Sri Kledang) sudah selesai, satu lagi yang kita perlu selam di tempat lain.

“Masalahnya saya pun tak tahu, 20 minit dari sini (lokasi kejadian utama), iaitu di kawasan Perak,” katanya kepada pemberita.

Semalam, media melaporkan PDRM akan menggerakkan unit skuba serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi kejadian bagi mengesan bahan bukti.

Isnin lalu, media melaporkan suspek ditahan susulan penemuan mayat mangsa di ladang sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

BBerkaitan

Latest articles