Intipati Perutusan Khas PM Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini telah membentangkan “pelan pemulihan ekonomi jangka pendek”.

Berikut intipati ucapannya:

  • Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi
  • Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus
  • Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini
  • Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya
  • Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara
  • Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan
  • 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berfungsi sebagai langkah segera untuk bangun dan rancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek
  • Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion
  • Kerajaan peruntuk RM9 billion yang memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi tangani pengangguran
  • Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) tumpu kepada tiga matlamat utama: memperkasakan rakyat, merancakkan perniagaan dan merangsang ekonomi, yang akan membawa kepada landasan pemulihan dan pertumbuhan
  • Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan
  • Program Subsidi Upah bagi bantu majikan dilanjut tiga bulan lagi
  • Setiap tahanan reman yang bakal dihantar ke penjara akan jalani pemeriksaan saringan COVID-19
  • Daripada jumlah RM35 bilion PENJANA itu sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal daripada kerajaan
  • Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT
  • Sebanyak RM75 juta diperuntukkan bantu ekonomi GIG
  • Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP
  • Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan
  • Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)
  • Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia
  • Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia
  • Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember
  • 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha
  • MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had diperkenal bagi kurangkan kos pengangkutan harian rakyat mulai 15 Jun hingga akhir 2020
  • Kerajaan akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah
  • Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan
  • Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS
  • Bagi mendorong perusahaan mikro dan PKS guna khidmat digital, kerajaan bersama swasta akan biayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta
  • Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarika
  • Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang
  • Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan
  • Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta
  • Bagi PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier company), kerajaan akan teruskan pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak
  • Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah
  • Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah
  • Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai
  • Bagi perniagaan melibatkan masalah aliran tunai kerajaan beri insentif cukai pelbagai bentuk
  • Kerajaan setuju beri pengecualian duti setem kepada PKS bagi aktiviti percantuman dan pemerolehan untuk transaksi 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021
  • Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta
  • Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih
  • Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021
  • Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020
  • Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta
  • RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini
  • Galakan ini diberikan sekiranya syarikat luar negara memindahkan lokasi dan memulakan operasi dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelulusan dan amaun pelaburan mesti dibuat dalam tempoh 3 tahun
  • Penangguhan bayaran anggaran cukai syarikat industri pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020

BBerkaitan

Latest articles