PUTRAJAYA: “Terima Kasih Kerajaan Madani,” begitu ungkapan anggota polis yang bakal menikmati InsentifRebat RAHMAH secara one-off yang dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis Ke-218.
Ketua Polis Kelantan Komisioner Datuk Mohd Yusoff Mamat berterima kasih kepada kerajaan di atas pemberian insentif one-off yang amat bermakna kepada anggota PDRM.
“Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan warga PDRM, malah menjadi ‘nafas baru’ dalam suasana sambutan Aidilfitri yang penuh makna ini.
“Pengikhtirafan ini adalah lambang penghargaan tulus kepada pengorbanan, keringat, dan dedikasi anggota PDRM yang sentiasa berkhidmat di barisan hadapan untuk keselamatan rakyat.
“Ia juga membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan pasukan keselamatan negara,” katanya.
“Semoga pemberian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua anggota PDRM untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih, ikhlas, dan berintegriti,”katanya.
Deputi Superintendan, Nor Faizal Nor Hashim, berkata ini walaupun insentif disambut positif oleh kalangan warga PDRM, namun pemberian memerlukan penambahbaikan dalam aspek aspek tertentu pada masa depan.
“Pemberian ini tidak merangkumi semua golongan terutama bagi mereka yang menggunakan nombor telefon atau bil di atas nama pasangan.
“Saya percaya ia tidak akan mengganggu kualiti kerja anggota namun penambahbaikan ini perlu supaya ia dapat diperluaskan supaya ia dinikmati semua anggota PDRM pada masa depan.
“Dicadangkan agar insentif seumpama pada masa hadapan perlu ditambahbaik, contohnya menyalurkan terus insentif kepada semua warga PDRM (masuk dalam akaun) tanpa sebarang syarat kelayakan,” katanya.
Koperal, Rahman Bidin, berkata insentif yang dilaksanakan ini adalah tindakan yang baik namun perlu diperbaiki supaya ia boleh diperluaskan kepada semua anggota PDRM.
“Bagi lebih baik ia terus dikreditkan terus ke nombor telefon yang berdaftar supaya ia lebih memudahkan.
“Saya rasa ia juga boleh diperluaskan kepada anggota keselamatan yang lain selain PDRM,” katanya.
Melalui insentif itu anggota PDRM yang mendaftar pelanpascabayar (postpaid) akan menikmati rebat dalam bentuktanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada bulan April, Mei atau Jun bergantung kepada tarikh kitaran bilpenerima rebat.
Manakala, bagi anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar(prepaid) pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara one-off dan kaedah pemberian rebat adalahberbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatantelekomunikasi terbabit.
Insentif ini mendapat kerjasama dan sokongan oleh syarikatpenyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONEdan XOX Com yang akan memberi manfaat kepada lebih127,000 orang anggota PDRM di seluruh negara.
Program ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk mengiktirafdan menghargai pengorbanan anggota PDRM atas komitmendalam menjalankan tugas untuk menjaga kesejahteraan rakyatserta keselamatan negara.