Inkues Zara Qairina: Tulisan Tangan Ekshibit Disahkan Milik Mangsa

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner pad semalam didedahkan dengan helaian tulisan tangan yang dipercayai milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang menggambarkan hubungannya dengan ibu kandung, Noraidah Lamat.

Pemeriksa dokumen Jabatan Kimia, Nurul Atiqah Mohd Noh, memberitahu tulisan pada dua helaian berasingan itu mempunyai ciri sama dengan spesimen contoh tulisan tangan mangsa.

Menurut saksi kedua inkues itu, salah satu helaian, bertarikh 28 November 2024, mengandungi luahan perasaan dengan menyebut nama Noraidah, manakala helaian lain bertarikh Februari 2025 menceritakan pengalaman dimaki serta rasa syukur kerana bersekolah jauh dari rumah.

“Saya berpendapat kedua-dua ekshibit berkenaan ditulis oleh penulis spesimen contoh iaitu atas nama Zara Qairina binti Mahathir,” jelasnya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, selaku Pegawai Pengendali Inkues.

Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar prosiding itu kemudian menetapkan inkues bersambung esok.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar sekitar jam 4 pagi.

Pejabat Peguam Negara sebelum ini mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis. Pada 8 Ogos, kubur remaja itu digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

BBerkaitan

Latest articles