KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini membenarkan bapa kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Mahathir Hashim @ Marikin, 44, menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian anaknya yang bermula pagi ini.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner selepas mempertimbangkan permohonan pasukan peguam Mahathir yang diketuai Sherzali Asli bersama Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.
Inkues yang dijadual berlangsung selama 19 hari akan memanggil 70 saksi, termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas pelajar Tingkatan Satu berusia 13 tahun itu.
Timbalan Ketua Pendakwaan II, Badius Zaman Ahmad akan mengetuai prosiding berkenaan.
Saksi pertama dijangka tampil memberi keterangan pada sesi petang ini.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah agamanya di Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.