“Inilah Perangai UMNO” – Maszlee Buat Permohonan Maaf

 

SIMPANG RENGGAM: Selepas tular rakaman video yang menyaksikan calon Pakatan Harapan yang juga penyandang kerusi parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik ‘berperang mulut ‘ dengan penduduk kampung, bekas Menteri Pendidikan itu akhirnya membuat permohonan maaf.

 

“Saya memohon maaf jikalau kata-kata saya mengguris hati penyokong UMNO apabila membuat generalisasi terhadap pakcik yang ketika itu sedang marah,” katanya.

 

Terdahulu, Maszlee dalam kempen di sebuah kampung semalam dihalau oleh penduduk setempat.

 

Seorang lelaki yang merupakan penduduk kampung di situ bertanya kepada Maszlee, apakah yang beliau telah lakukan sepanjang menjadi wakil rakyat di situ.

 

Sambil meminta Maszlee beredar, lelaki berkenaan mendakwa orang-orang politik tidak dibenarkan berada di kampung itu.

 

Maszlee pula membalas kehadirannya adalah untuk membantu rakyat.

 

Dalam suasana yang tegang itu, Maszlee mengeluarkan kata-kata: “Dah rakam? Inilah perangai UMNO” dalam reaksi kepada tindakan lelaki berkenaan.

 

Lelaki tersebut membalas bahawa beliau tidak berminat dengan politik dan bukan orang UMNO.

 

Keadaan itu ditenangkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian.

 

Sementara itu dalam hantaran yang sama, Maszlee memuji calon Barisan Nasional di Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad yang menurut beliau bersikap profesional ketika mereka terserempak semasa berkempen.

 

BBerkaitan

Latest articles