Tingkah laku biadab dengan membuat kecoh dan mengganggu sidang Dewan Rakyat yang dilakukan oleh blok pembangkang sejak dua hari lepas di Parlimen sebenarnya dilakukan untuk menutup perbuatan salah yang mereka lakukan sendiri ketika menjadi kerajaan sebelum ini.
Semasa Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah sebagai Speaker pada 13 Julai 2020, Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari DAP, PKR dan PAN ramai yang berdiri dan membuat bising mengganggu Azhar Azizan.
Paling lantang ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang berterusan mengacau Speaker.
Mereka kononnya protes pelantikan Azhar Azizan tidak mengikut peraturan mesyuarat Parlimen kerana tidak diberi peluang mengundi.
MESTI BACA – Anwar Disoal Sama Ada Kejatuhan PH Disebabkan Tun M
Sebenarnya pada 16 Julai 2018, kira-kira dua tahun lepas pelantikan Speaker sebelum ini iaitu Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof juga dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengikut peraturan yang sama.
Pembangkang pada ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN) bagaimanapun sedikit beradab apabila bertindak keluar dewan menunjukkan protes mereka tetapi tidak membuat bising dan kecoh mencemar Dewan Rakyat yang mulia pada masa itu.
Dalam sidang media pada tarikh berkenaan, Ketua Pembangkang pada masa itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka membantah tindakan oleh pihak kerajaan kerana menamakan calon Speaker tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Biarpun Setiausaha Dewan Rakyat telah memaklumkan bahawa Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau pada 2 Julai 2018, tetapi kami (BN) mempunyai bukti-bukti yang cukup bahawa tempoh 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan seperti mana Peraturan Mesyuarat di dalam Dewan Rakyat tidak diikuti,” kata Ahmad Zahid pada masa itu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya semalam memberikan respon beliau terhadap Kenyataan Media Bersama enam orang Ahli Parlimen Bebas bekas dari parti Bersatu yang sudah dilucutkan keahliannya.
Najib berkata Mohamad Ariff digantikan kerana beliau ialah ahli PAN dan Timbalan Speaker adalah ahli DAP yang berat sebelah.
“Dulu kerajaan PH lantik Speaker pada 16 Julai 2018, korang (PH) pun tak pernah beri kita peluang bahas lantikan Speaker korang,” kata Najib.
Berkenaan dengan tuduhan pembangkang bahawa Azhar Azizan dilantik kerana mahu Speaker menuruti telunjuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), Najib berkata Dulu PH melantik Speaker dari parti PAN dan Timbalan Speaker dari DAP.
“Sekurang-kurangnya Azhar Azizan Harun bukan dari mana-mana parti politik,” kata Najib.
Untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan ketika jadi kerajaan, mereka buat bising dan kecoh sama sahaja cara mereka ketika BN menjadi kerajaan dan mereka buat kecoh dalam Parlimen ketika Najib membentangkan Bajet ataupun ketika Ahli Parlimen BN sedang berbahas.