Individu Yang Sokong Hubungan Diplomatik Malaysia-Israel Akhirnya Diberkas

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berjaya menahan individu yang dikenali sebagai Victor Yong Jen Ong bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menyokong hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel diwujudkan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan reman terhadap lelaki itu selama tiga hari bermula hari ini hingga 8 Disember.

“Siasatan mendapati kenyataan itu dibuat (Victor Yong) dalam satu temubual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang kemudian telah dimuat naik dalam laman Tiktok MalaysiaGazette,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Shuhaily, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Tambah beliau, suspek yang berusia 36 tajun itu juga disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan penyebaran berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan rangkaian.

Terdahulu tular di media sosial adalah satu klip video melibatkan Victor Yong bersama pempengaruh media sosial Israel, Hananya Naftali.

Rata-rata pengguna media sosial mengutuk kandungan perbualan berkenaan dan menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Victor Yong.

BBerkaitan

Latest articles