KUALA LUMPUR: Lelaki yang tular di media sosial kerana membuat kacau di sebuah masjid di TTDI mempunyai masalah mental sejak April 2022.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kali terakhir suspek menerima rawatan pada 16 Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaysia.
Bagaimanapun individu itu tiada menjalani rawatan susulan selepas tarikh tersebut.
Terdahulu tular satu klip video berdurasi 2 minit 46 saat di Facebook memaparkan seorang lelaki mengganggu jemaah masjid di TTDI, Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku pada Rabu, sekitar jam 5.40 pagi.
Difahamkan suspek yang merupakan seorang individu bukan Islam, 25, telah mengganggu jemaah masjid berkenaan dan telah merosakkan sebuah televisyen dan satu unit kerusi di dalam masjid.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.