Individu 18 Tahun Boleh Mendaftar Mulai 15 Disember

KUALA LUMPUR: Pendaftaran secara automatik pemilih yang berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Terdahulu, pindaan terhadap Perlembagaan yang diwartakan pada 25 November lalu, telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekaligus menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa.

Cadangan pindaan itu diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, yang bagaimanapun tidak dilaksanakan.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penurunan usia pemilih kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Disember ini.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kerajaan boleh dikenakan tuduhan menghina mahkamah, jika gagal berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan selewat-lewatnya 31 Disember ini.

BBerkaitan

Latest articles