Indeks jenayah turun bukti kredibiliti PDRM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara, membuktikan kredibiliti warga kerja polis dalam menjaga keamanan negara amat tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, malah PDRM disifatkan tetap komited dalam mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah walaupun hampir seluruh kekuatan jentera pasukan dikerahkan untuk penugasan OP COVID-19 sepanjang penularan virus itu.

Mengulas lanjut, katanya, ia terbukti apabila jenayah indeks bagi tempoh Januari dan Februari tahun ini menurun kepada 8,484 kes berbanding 9,773 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, saya dimaklumkan bahawa jenayah indeks bagi tahun 2021 juga menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan itu dan lebih membanggakan, PDRM tetap komited dalam mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dalam keadaan COVID-19,” katanya dalam ucapan perbarisan sambutan peringatan Hari Polis ke-215, di Dataran Kawad PULAPOL, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

BBerkaitan

Latest articles