Imran Ajak Pengundi Keluar Mengundi Awal

KUALA LUMPUR: Tinjauam The Rakyat Insight di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nibong, Sekinchan, mendapati masih ramai pengundi yang belum menunaikan tanggungjawab mereka untuk membuanblg undi.

Pusat mengundi berkenaan dilangsungkan untuk kerusi N03 Sungai Panjang, dibuka jam 8 pagi tadi.

Dalam pada itu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Imran Tamrin yang ditemui mahu pengundi yang layak keluar lebih awal menunaikan tanggungjawab mereka.

“Alhamdulillah saya mengundi di saluran tiga, proses berjalan dengan lancar dan saya lihat pada pagi ini masih lagi kurang yang keluar mengundi dari pukul 8 pagi hingga 8.30 pagi ini.

“Saya harap semua pengundi keluar mengundi awal, laksana dan tunaikan tanggungjawab kita awal.

“Dengan itu kita boleh melakukan tugas dan tanggungjawab lain pada hari ini,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan SK Sungai Nibong, pagi ini.

Mohd Imran ditemani ibunya, Zainab Mohd Mohdar, 64, yang turut mengundi di pusat mengundi itu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima dua borang pencalonan PRN15 bagi kerusi N03 Sungai Panjang pada 29 Julai lalu.

Mohd Imran yang juga penyandang Dewan Negeri Sungai Panjang akan mempertahankan kerusi itu dengan pertandingan satu lawan satu, berhadapan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Razali Shaari.

Dalam pada itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan peratusan pengundi sehingga jam 10 pagi tadi.

PRU DUN Ke-15
Kedah : 20%
Kelantan :17%
Terengganu : 22%
Pulau Pinang : 20%
Selangor : 19%
Negeri Sembilan : 18%

PRK P.036 Kuala Terengganu : 19%

BBerkaitan

Latest articles