IGP ‘Rimas’ Kes Liwat Terbaru Berkaitan Pemimpin Politik

Berikutan dakwaan liwat terbaru membabitkan seorang pemimpin politik pembangkang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada semalam meluahkan rasa kurang senangnya dengan hal itu.

“Rimas, rimaslah saya dalam hal-hal macam ini.

“Ia membuang banyak masa. Tetapi oleh kerana satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial, semalam.

Untuk rekod, ini merupakan kes liwat kedua yang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah pentadbiran Abdul Hamid.

Kali pertama sebelum ini membabitkan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kes liwat terbaru ini muncul dan tular di media sosial sejak hujung minggu lalu, dimana satu akuan bersumpah (SD) yang bertarikh 26 Jun 2020 memaklumkan aktiviti seksual seorang lelaki dengan pemimpin politik berkenaan yang berlaku di beberapa buah hotel pada tahun 2013.

Lelaki itu juga mendakwa dibayar RM300 setiap kali hubungan seks itu dilakukan.

Malah dia juga mendakwa diminta oleh pemimpim politik itu untuk memperkenalkan seorang rakannya untuk tujuan liwat dan diberikan bayaran yang sama.

Memetik Malaysiakini, Pesuruhjaya Sumpah yang bertanggungjawab terhadap SD itu mengesahkan akuan itu difail dan ditandatangani di hadapannya.

Individu yang melakukan SD itu juga mengesahkan akuan tersebut namun enggan mengulas lanjut, dan menyerahkan siasatan kepada polis.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini