Idris Harun, Ahmad Terrirudin Akan Dipanggil Beri Penjelasan DNAA Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil kedua-dua bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, bagi memberi penjelasan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, William Leong Jee Keen sebagai menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat.

“Kita akan panggil kedua-dua peguam negara untuk berikan penjelasan dan kenyataan media telah dikeluakran dan kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya.

Semalam, persidangan Dewan Rakyat kecoh sebelum laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berlaku apabila Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kalal (Machang-PN) menggesa usul tergempar bagi memanggil Peguam Negara susulan keputusan DNAA terhadap Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

BBerkaitan

Latest articles