Identiti Mr H Masih Dirahsiakan – Polis

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu yang disebutkan sebagai Mr H, yang didakwa sebagai dalang dalam kes membabitkan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Ini kerana sebarang tindakan mendedahkan identiti individu itu dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman.

“PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memanggil semula Mr H pada hari ini (30 November) bagi tujuan sambung semula rakaman percakapan daripadanya.

“Setakat ini dalam kes berkenaan pihak polis sudah memanggil dan mengambil keterangan daripada lapan individu bagi membantu siasatan lanjut kes ini,” katanya memetik MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani hanya mendedahkan hanya seorang identiti Mr. H kepada polis.

Sebelum ini, dalam sidang media pada 17 November lalu di sebuah hotel di Bangi, Abdul Wahab menyatakan terdapat beberapa individu yang terlibat dalam rakaman video yang memaparkan perbualan lucah antara beliau dengan Mohammad Agus.

Peguam, Faizal Abdul Rahman mendakwa, ini kerana Abdul Wahab percaya hanya Mr H yang menjadi dalang dalam kes tersebut.

“Cuma hari ini kita dedahkan satu nama sahaja iaitu Mr H. walaupun kalau perasan sidang media pada 17 November lalu (Abdul) Wahab ada katakan beberapa nama turut terbabit.

“Tetapi selepas kita meneliti fakta kita percaya hanya Mr H yang sebenarnya dalang sebalik semua perkara dalam krisis ini,” katanya selepas mengiring Abdul Wahab membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles