PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan bahawa Ismanira Abdul Manaf, 30, bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak autistiknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hingga menyebabkan kecederaan fizikal pada Disember, dua tahun lalu.
Keputusan itu disampaikan Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Beliau menegaskan, pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap bukti kukuh yang dikemukakan oleh pendakwaan, selain menyifatkan keterangan tertuduh sebagai bercanggah dan tidak konsisten.
Kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dilakukan di sekitar Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023 di lokasi sama di mana kehilangan Zayn Rayyan pernah mencetuskan perhatian seluruh negara.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000, atau kedua-duanya sekali.
Prosiding kes ditangguhkan sebentar ketika ini.










