Ibu Tiri Kena Penjara 2 Tahun Dera Kanak-Kanak Sampai Cedera

Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan terhadap seorang wanita selepas mengaku salah menganiaya dan mendatangkan kecederaan fizikal kepada anak tirinya yang berusia sembilan tahun di rumah mereka di Muadzam Shah, Rompin, 20 September lalu.

Ibu Ditahan Dera Anak Guna Pisau Panas Hingga Melecur

Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintahkan tertuduh Khairunnisa Abdullah, 24, melaksanakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama tiga tahun, khidmat masyarakat selama 120 jam dan melapor diri di Balai Polis Chenderawasih sebulan sekali.

“Hukuman tambahan itu dikenakan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara selama 24 bulan,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Khairunnisa telah meletakkan pisau yang dipanaskan di atas lengan kanan kanak-kanak tersebut sehingga mengalami kecederaan fizikal, pada kejadian jam 3 petang, 20 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi.

Terdahulu, Mohd Faizal Hiqram meminta mahkamah meringankan hukuman dan mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh kerana kesalahan kali pertama dan sudah insaf.

Bagaimanapun, Sharifah Nurul Syuhada meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana sepatutnya melindungi kanak-kanak berkenaan bukan dengan menganiaya dan mencederakan.

“Ia kesalahan serius apabila tertuduh sanggup mengambil dan memanaskan pisau terlebih dahulu sebelum menekap di lengan kanan mangsa,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini