Ibu Kandung Diburu Susulan Dua Beradik Maut Lemas, Bapa Dan Kekasih Ditahan

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan ibu kandung kepada dua kanak-kanak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Linggi berhampiran Jeti Tanjung Agas, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin memaklumkan, siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia 46 tahun yang dipercayai bapa mangsa serta seorang wanita tempatan berusia 41 tahun, iaitu kekasihnya, ditahan selepas keterangan mereka menimbulkan keraguan.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini selepas permohonan diluluskan Mahkamah Majistret Seremban. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ibu kandung kanak-kanak terbabit juga sedang diburu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, semakan rekod mendapati lelaki berkenaan mempunyai 16 kesalahan lampau membabitkan pelbagai jenayah, termasuk empat kes yang masih dikehendaki polis.

Beliau berkata, beberapa individu lain turut dipanggil memberi keterangan dan siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi merungkai punca sebenar kejadian.

BBerkaitan

Latest articles