Ibu Dan Empat Anak Rentung Dalam Kebakaran Di Melaka

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan empat kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan 6 di Umbai, Melaka awal pagi tadi.

Komander Operasi Bomba Mohd Sufian Abu Bakar berkata, dalam kejadian itu seorang lelaki dewasa ditemui selamat, lapor Malaysiagazette.

Menurutnya, anggota bomba dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemas 1.40 pagi.

Sufian berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapat rumah jenis separuh kekal berkeluasan 20 x 60 kaki persegi sudah 80 peratus terbakar.

“Empat kanak-kanak perempuan Melayu dan seorang wanita ditemukan rentung manakala seorang lelaki didapati masih bernafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BBerkaitan

Latest articles