Ibu Bapa Zayn Rayyan Dibawa Ke Kediaman, Lakon Semula Aksi Sebelum Mangsa Hilang

KUALA LUMPUR: Polis hari ini membawa ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mateen, 6, ke rumah mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak malang tersebut.

Suspek wanita itu dibawa polis sekitar jam 10.15 pagi menaiki van putih tertera logo rasmi Polis Diraja Malaysia menuju ke blok R kediaman tersebut.

Menurut maklumat, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok R kediaman mereka bertujuan melakonkan semula kejadian tersebut sehinggalah mayat anak malang itu ditemui pada 9 10 malam 6 Disember lalu.

Anggota polis juga dilihat membawa objek menyerupai patung kanak-kanak, namun tidak dapat dipastikan tujuannya.

Jumaat lalu, polis melanjutkan semula tempoh reman selama enam hari sehingga 13 Jun ini ke atas pasangan suami isteri itu bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan.

Untuk rekod, kedua-dua suspek berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pasangan itu ditahan polis jam 11 pagi di rumah keluarga mereka di Puncak Alam, 31 Mei lalu.

BBerkaitan

Latest articles