Husam – Mat Sabu Berlaga Angin?

 

Selepas dikatakan wujudnya ketegangan hubungan antara Presiden dan Naib Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa pada dua minggu lalu, kali ini dakwaan yang sama muncul kembali.

Kononnya Husam meletakkan jawatan sebagai naib presiden Amanah dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan dengan surat peletakkan jawatan diserahkan kepada pimpinan parti pada dua minggu lalu.

Husam, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

“Itu tidak benar. Saya menafikan kandungan artikel itu,” ujarnya.

Dakwaan itu dilaporkan oleh portal The Malaysian Insight yang memaklumkan Husam meletakkan kedua-dua jawatan berkenaan namun kekal sebagai Ketua Amanah Kota Bharu.

Husam dalam pada itu memberitahu hubungannya dengan Mohamad, atau dikenali sebagai Mat Sabu masih baik.

“Tidak ada masalah,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...