Perdebatan dalam kalangan rakyat berhubung kelewatan negara menerima vaksin COVID-19 bukan lagi perkara baru setelah beberapa negara jiran telah menerimanya.
Ada yang bertindak mengecam kerajaan terlalu lambat membuat keputusan, sedangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah berhati-hati dalam mengkaji keberkesanan ujiam klinikalnya.
Namun tahukah anda, negara-negara yang dipilih untuk pengeluar vaksin COVID-19 menjalankan ujian klinikal, diutamakan untuk mendapat bekalan vaksin lebih awal.
Malaysia tidak dipilih kerana kejayaan kita mengawal dengan baik wabak ini pada peringkat awal.
Ini adalah penjelasan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal KKM, Dr. Kalairasu Periasamy.
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1354957405759492097
“Di Malaysia, pada peringkat awal (keadaan) memang terkawal. Para saintis yang menggunakan platform ini tidak nampak bahawa negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai jangkitan COVID-19 secara pandemik. Oleh itu mereka mencari negara lain.
“Oleh itu mereka mencari negara-negara lain dan negara-negara tersebut mendapat (vaksin) lebih awal. Ini adalah cara untuk menguji dan mendapat data keberkesanan dan data keselamatan.
“Daripada data ini, Malaysia juga menggunakannya untuk meneliti keberkesanan dan keselamatan. Jadi mereka (saintis) juga akan memberi data yang kita boleh aplikasi di Malaysia,” katanya.