Howard Rujuk Orang Alim Terlebih Dahulu Sebelum Petik Ayat al-Quran

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee hari ini memohon maaf atas dakwaan membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran dalam video yang tular pada minggu lalu.

Dalam sidang media hari ini, Howard juga ambil maklum teguran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya tidak lagi mengulangi tindakan membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran.

Beliau berbuat demikian dalam sidang media di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timor, dekat Pengkalan,

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu memberi keterangan di IPK Perak, Ipoh pada 2 petang tadi sebaik sahaja pulang ke tanah air selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 di New York.

“Saya ambil kesempatan di sini untuk meminta maaf atas segala kesulitan dan memohon maaf bagi semua pihak, termasuk semua rakan bukan Islam dari parti lain, Gerakan dan Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang turut memetik ayat suci al-Quran dalam konteks politik,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata laporan pertama dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, manakala badan bukan kerajaan, Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan Khamis lalu.

Jabat Perak membuat laporan kerana menganggap Lee menghina Islam dengan membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran, sekali gus menyentuh isu 3R, iaitu agama, raja dan kaum.

Dalam pada itu Howard menjelaskan, sebelum memetik ayat al-Quran menerusi video tular itu, beliau sudah merujuk pihak arif termasuk agamawan.

“Saya tak tafsir sendiri, tetapi saya menukilkan (memetik) tafsiran ayat itu yang diajarkan pihak arif dan orang alim. Bukan saja dalam hal agama Islam, sebaliknya semua topik saya hendak ulas yang bukan kepakaran saya, maka saya akan buat kajian dahulu, termasuk bertalaqi dengan orang alim dan bermuzakarah dengan beberapa ustaz.

“Namun, sekarang pula tidak boleh. Saya juga sangsi mengapa DHPP boleh saja memetik ayat al-Quran, malah melafazkannya dalam bahasa Arab, sedangkan saya hanya memetik tafsir (terjemahan) dengan tidak memetik bahasa Arab.

“Saya hendak bertanya sama ada dari DHPP, adakah laporan polis sudah dibuat juga terhadap mereka?”

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini