Hotel, Pasar Raya Dijadikan “Umpan” Supaya Sokong Anwar – PN

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa mereka ditawarkan jawatan dan projek supaya berpaling tadah menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Kedua-dua Ahli Parlimen ini menyokong pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaan yang sama.

Menurut Dr. Ku Abd Rahman, dirinya dihubungi menerusi pesanan aplikasi WhatsApp yang penawaran projek pembinaan hotel di kawasannya.

“Saya dapat mesej daripada seseorang, rupanya dia sudah teliti latar belakang kita dan kaji kawasan saya. Dia cadang nak buka hotel butik di kawasan saya di belakang Darulaman Golf Club, saya terus blok dia,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PN di Publika, hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sementara itu Che Mohamad Zulkifly Jusoh mendakwa seseorang yang dikenali sebagai Datuk Rizal Adham menawarkan projek hotel dan pasar raya.

Tawaran itu diberikan menerusi satu e-mel.

“Saya baru terima satu e-mel daripada Datuk Rizal Adham, cadangan pembangunan hotel 40 bilik dilengkapi kolam renang dan pasar raya runcit di Parlimen Besut,” katanya dalam sidang media berkenaan.

Kedua-dua mereka berkata demikian mengulas pendedahan Wan Saiful malam tadi antaranya tawaran menarik diberikan sebagai habuan untuk meninggalkan parti tersebut termasuklah pelawaan mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara lain adalah tawaran membina hotel di kawasan masing-masing malah tawaran projek tanaman cili pun ada ditawarkan.

BBerkaitan

Latest articles