Hospital utama di Semenanjung Gaza iaitu Hospital al-Shifa kini sedang berdepan dengan masalah kekurangan bekalan perubatan dan pertambahan mendadak mangsa yang cedera akibat serangan tentera rejim Zionis.
Agensi berita Al Jazeera melaporkan kapasiti kemudahan di hospital berkenaan juga sudah sampai pada tahap maksimum.
“Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah penuh tetapi masih digunakan. Katil di hospital berkenaan hanya tinggal kira-kira 10 buah tetapi ia ditambah kepada 35 katil,” kata Wartawan Youmna Sayed.
Hari ini, seramai 26 orang mangsa cedera dibawa ke hospital berkenaan.
Bagaimanapun, dengan masalah gangguan bekalan elektrik, hospital berkenaan turut berdepan masalah untuk menggunakan peralatan perubatan.
Sementara itu, selama lebih 10 hari para doktor di Semenanjung Gaza kini menguatkan semangat mereka bekerja 24 jam untuk menyelamatkan nyawa mangsa serangan Israel.
Mereka sudah kepenatan dari segi emosi dan fizikal. Tetapihanya kekuatan iman memastikan mereka terus tekad meneruskan tugas di kawasan konflik berkenaan.