Hormati Sistem Perundangan Dan Kehakiman Negara, Kata Muhyiddin

Rakyat perlu menghormati keputusan mahkamah dan meletakkan kepercayaan terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara, demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

“Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

Semalam, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Bagi kes salah guna kuasa, mahkamah menetapkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Sementara itu bagi kes pecah amanah, hakim mengenakan penjara 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan, dan pengubahan wang haram pula 10 tahun bagi setiap kesalahan.

Semua hukuman penjara akan berjalan serentak, menjadikan tempoh hukuman penjara sebenar adalah 12 tahun.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata kerajaan menghormati hak Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah itu.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...