Hormati Ramadan, Debat Antara Najib-Anwar Diadakan Selepas Puasa

MELAKA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan pihaknya sedang mengadakan rundingan bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan debat berhubung usaha menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).

Berkata kepada pemberita, Najib memberitahu pada ketika ini tidak sesuai untuk diadakan debat berkenaan memandangkan umat Islam sedang  berpuasa di bulan Ramadan.

“(Debat) nanti kita sedang runding, mungkin lepas Ramadan, sebab bulan ini banyak orang kata tak sesuai kalau debat diadakan.

“Sebabnya kita nak beri tumpuan kepada ibadat,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di tapak Melaka Grand Ramadan Bazaar @Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya perkembangan terkini mengenai tarikh debat itu setelah menyatakan persetujuan berdebat dengan Anwar sebelum ini mengenai isu Sapura Energy.

Sebelum ini, Najib menerusi hantaran di media sosialnya, memberitahu sudah meminta pasukan Anwar dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengaturkan dengan media jika berhasrat menyiarkan debat itu secara langsung.

BBerkaitan

Latest articles