KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menytakan kesediaan beliu untuk bertanding jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam oemilihan parti akan datang.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan UMNO akan adakan pemilihan bagi dua jawatan tertinggi parti itu atau tidak.
“Kita kena tunggu mesyuarat PAU kali ini, dan kalau sekiranya keputusan PAU ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan akan datang.
Dalam pada itu, ditanya mengenai jawatan yang sedang diintainya ketika ini, beliau enggan mengulas, sebaliknya mahu mengunggu keputusan pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan parti itu.
“Kena tunggu ada pertandingan atau tidak,” katanya lagi.