Hishammuddin Positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini disahkan positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat kementerian tersebut, Hishammuddin dimaklumkan telah menerima dos penggalak dan akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau turut menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.

Hishammuddin, dalam masa yang sama akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi.

BBerkaitan

Latest articles