Hishammuddin Nafi Ditawar Jawatan PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan beliau terlibat dalam sebarang rundingan baik dengan Perikatan Nasional mahu pun Pakatan Harapan.

“Ramai menyebarkan artikel ini – saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial, sambil turut memuat naik laporan akhbar berkaitan dakwaan itu.

Bendahari Agung UMNO itu turut menambah, beliau juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan.

Dengan penafian itu juga, Hishammuddin meminta akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut serta merta dan tindakan undang-undang akan diambil jika gagal berbuat demikian.

Susulan itu, Sinar Harian telah tampil dengan berita bertajuk ‘Laporan Hishammuddin ditawar jawatan PM tidak benar’.

BBerkaitan

Latest articles