Hishammuddin Hussein Bakal Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Adakah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di dalam kabinet kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Sejak beberapa hari lepas disebut-sebut beliau akan dilantik memegang portfolio itu sebagai langkah mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta mengelakkan lebih banyak ancaman dari UMNO, demikian laporan beberapa portal berita tentang perkara itu.

Menurut laporan berkenaan, tindakan tersebut dikatkan akan menyebabkan rasa tidak puas hati akan meningkat dalam kalangan pemimpin UMNO.

UMNO sebelum ini dalam mesyuarat Majlis Tertingginya ada membincangkan perkara iaitu untuk memutuskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin oleh Muhyiddin sebagai Presiden.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik balik sokongan beliau secara rasmi ke atas kerajaan pimpinan Muhyiddin.

“Hisham akan menjadi Timbalan Perdana Menteri secepat mungkin,” kata satu sumber yang dipetik dalam laporan portal The Malaysian Insight.

Hishammuddin yang juga Menteri Luar dikatakan ada berkongsi beberapa perkara seperti memberikan bayangan pelantikan itu akan berlaku.

Pada 9 Januari lepas, beliau memuataik gambar bersama isterinya menziarahi makan bondanya Allahyarhamah Tun Suhailah Mohamed Noah dan makam ibu saudaranya, Tun Rahah Mohamed Noah yang di lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara.

BBerkaitan

Latest articles