Hishammuddin Antara Empat Ahli Parlimen BN Yang Tak Sertai Perjumpaan Dengan PH

KUALA LUMPUR: Seramai empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak hadir dalam pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, di ibu kota, hari ini.

Selain Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mereka yang tidak hadir ialah Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli.

Adnan dan Shamshulkahar tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Seramai 26 Ahli Parlimen hari ini bertemu pemimpin utama PH yang antara lain bagi mengadakan perbincangan berkaitan sokongan untuk calon Perdana Menteri.

Hishammuddin secara terbuka menolak sebarang kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan termasuk menamakan calon Perdana Menteri daripada PH.

PH kini sedang berusaha mengumpul sokongan bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan daripada BN selepas ia berjaya mendaoat sokongan tiga Ahli Parlimen Parti Warisan (WARISAN) dan seorang Ahli Parlimen dari Parti Bangsa Malaysia (PBM).

PH menang di 82 kerusi Parlimen dan memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi atau sokongan Ahli Parlimen bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.

BBerkaitan

Latest articles