Hina Jata Negara: Penerbit Buku Mohon Maaf

Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerak Budaya, Chong Ton Sin mendakwa pihaknya tiada niat untuk menghina Jata Negara.

Wanita Gesa Tindakan Segera Isu Ubah Suai Lambang Jata Negara

Kenyataan itu menyusul selepas buku terbitannya dikecam ramai selepas kulit bukunya menghina lambang Jata Negara.

“Satu, kami memang tak sengaja mahu hina atau apa-apa.

“Kedua, walaupun kami tak sengaja, kalau sudah buat sesiapa rasa kurang senang, ada menyinggung perasaan mereka, itu saya minta maaf.

“Pada masa depan kita akan lebih sensitif,” kata Tong Sin memetik laporan Malaysiakini.

Ujar Tong Sin, imej berkenaan berasal dari sebuah lukisan yang pernah dipamerkan pada beberapa tahun lalu dan penggunaan imej itu selepas mendapat persetujuan pelukis dan pengarang buku.

“Kulit buku ini satu lukisan sudah lama berapa tahun dulu. Ada pamer di sebuah pameran di Sarawak dan lukisan itu dikatakan sudah habis jual.

“Saya pun khuatir pada masa itu tapi saya tidak kata jangan. Saya cakap kamu semua buat keputusanlah,” katanya.

Beliau percaya polis akan datang ke pejabatnya sekali lagi pada hari ini selepas beliau tiada di pejabat petang semalam.

Buku tersebut, Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia, mendapat perhatian ramai dalam minggu ini selepas penggunaan muka hadapan buku itu menghina lambang negara.

Ramai pihak di negara ini, termasuk Umno, MCA, MIC dan PAS membuat laporan polis dan menggesa siasatan pihak berkuasa serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Sementara itu semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kementeriannya telah mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan segera ke atas perkara itu.

BBerkaitan

Latest articles