Himpunan Solidariti Najib: Zahid Ingatkan Guan Eng Jangan Menyinggung Mana-Mana Sahabat Parti

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Lim Guan Eng untuk tidak menyinggung mana-mana rakan parti di dalam kerajaan perpaduan.

Presiden UMNO itu berkata zaman Guan Eng memimpin DAP sudah berlalu dan beliau seharusnya memberi kepercayaan kepada pimpinan baharu parti berkenaan.

Beliau berkata demikian susulan kritikan  Ahli Parlimen Bagan itu berhubung himpunan solidariti bersama Najib Razak.

“Saya tak perlu ulas kerana itu pendapat peribadi beliau.

“Saya ingat zaman beliau sudah berlalu dan beri kepercayaan kepimpinan DAP yang ada sekarang ini. Jangan nak menyiku mana-mana sahabat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Umno akan meneruskan himpunan solidariti itu pada minggu hadapan seperti yang dilaporkan dalam media.

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan mengkritik

Umno kerana berganding bahu dengan PAS mengadakan perhimpunan solidariti untuk Najib.

Hutang Eng berkata sebarang program bersama parti pembangkang khususnya PAS akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Perhimpunan pimpinan PAS itu akan diadakan pada hari yang sama Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Najib mengenai perintah tambahan yang didakwa meletakkannya di bawah tahanan rumah.

Lebih 200 bas membawa penyokong Najib dijangka menghadiri perhimpunan itu, terdiri daripada ahli Umno dan PAS. Pemimpin Bersatu juga dijangka hadir.

BBerkaitan

Latest articles