Himpunan Solidariti Najib Tak Libatkan PH

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak akan terlibat dengan himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya, Isnin ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menambah apa jua hal yang membabitkan Barisan Nasional (BN) perlu dirujuk kepada pengerusi parti komponen itu.

“Itu kena tanya pengerusi Barisan Nasional, Pakatan Harapan tidak terlibat,” katanya kepada media selepas lawatan ke Lestari Niaga@KL 1 di Pusat Penjaja Wirawati, hari ini.

Permohonan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum akan didengari Mahkamah Rayuan pada 6 Januari ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Himpunan Solidariti Bersama Najib merupakan anjuran UMNO yang antara lainnya bertujuan mengenang jasa bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk negara dan rakyat sebelum ini.

PAS dan Bersatu juga dikatakan akan menyertai himpunan yang sama.

BBerkaitan

Latest articles