Himpunan PeSawah Tetap Diadakan Secara Aman

KUALA LUMPUR: Lebih 500 individu daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) mengadakan himpunan aman di hadapan Wisma Tani pada pagi ini.

Rata-rata peserta himpunan mwmbawa sepanduk dan kelihatan kawasan sekitar Wisma Tani dikawal oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan kawasan ini dipelihara.

Mereka menuntut kerajaan menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,800 untuk satu tan metrik.

Sejumlah 10 wakil PeSAWAH akan bergerak ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi menyerahkan memorandum tuntutan mereka.

Difahamkan mereka akan mengadakan sidang media berhubung tuntutan PeSAWAH terhadap kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa pesawah yang merancang berhimpun di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum agar menangguhkan perhimpunan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak menghalang hak mereka untuk berhimpun tetapi menasihatkan ia ditunda kerana tidak sesuai diadakan semasa lawatan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Bagi menangani isu ini, Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, untuk mengadakan pertemuan dengan pesawah serta menerima memorandum tersebut bagi tindakan selanjutnya.

Beliau berharap perhimpunan itu tidak diteruskan bagi memastikan kelancaran acara rasmi negara.

BBerkaitan

Latest articles