Himpunan #DemiNajib Sokong Keadilan, Pembebasan Bekas PM

KUALA LUMPUR: Hampir 500 orang penyokong Datuk Seri Najib Razak hadir ke himpunan #DemiNajib di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Walaupun hujan lebat sejak petang, namun ia tidak menghalang penyokong bekas Perdana Menteri itu datang untuk bersolidariti menuntut keadilan dan pembebasan bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dengan tema ‘We Stand by You’

Malah tiga orang anak Najib juga hadir pada perhimpunan iaitu Datuk Mohd Nizar Najib, Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Ketiga-tiga anak Najib juga menerima tepukan gemuruh daripada para hadirin apabila sampai ke pekarangan Kelab Sultan Sulaiman sekitar jam 8.15 malam.

Rata-rata begitu teruja untuk bergambar dan bersalam dengan anak-anak Najib malah turut melahirkan perasaan mereka terhadap Najib yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas di dapati bersalah menyeleweng dana SRC International.

Majlis bermula pada jam 9 malam dan penyokong ditayangkan dengan sebuah video yang menyebabkan rata-rata penyokong mengalirkan airmata kesedihan.

BBerkaitan

Latest articles