Hilang Pekerjaan Punca Juruterbang Bunuh Diri

Seorang bekas juruterbang dari syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia, ditemui maut selepas membunuh diri dengan terjun dari unit kondominiumnya, di Puchong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mangsa, A Sanjiv Daevin, 36, membunuh diri akibat kehilangan pekerjaan.

“Kita ada terima laporan mengenai kejadian itu kelmarin.

“Mangsa dipercayai terjun dari kondominiumnya kerana dipercayai akibat tekanan diberhentikan kerja baru-baru ini,” katanya.

Mayat mendiang telah dibawa ke Taman Peringatan Jing An pada semalam untuk upacara sembahyang sebelum dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Kuari Taman Pertama, Cheras untuk proses membakar mayat.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini