Herba Misai Kucing Dan Manfaatnya Melawan Penyakit

KUALA LUMPUR: Pakar seluruh dunia sedang berusaha untuk mencari jalan merawat kanser yang pada hari ini bilangan pesakitnya semakin hari semakin bertambah.

Jika dahulu, pakar kesihatan sering menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Namun realitinya, tidak ada jaminan bahawa ia tidak akan menyerang. Sudah banyak kes membabitkan pesakit kanser baru mengetahui dirinya menghidapi penyakit itu apabila tahapnya sudah semakin teruk.

Seiring dengan kemajuan dunia perubatan hari ini, sudah ada pelbagai rawatan utama dan sampingan yang boleh digunakan oleh pesakit kanser untuk memulihkan keadaan, termasuk mengurangkan risiko.

Menurut Pengasas dan Pemilik NatureCeuticals, Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid, perubatan herba juga ada manfaatnya kepada pesakit kanser.

Tidak menafikan wujudnya stigma dalam kalangan masyarakat, beliau bagaimanapun nekad mahu membawa perubatan herba kepada tahap yang tinggi, termasuk mengkomersialkan ia sebagai ubat.

“Mengubah herba menjadi ubat memerlukan pematuhan kepada piawaian farmaseutikal yang ketat. Kajian keselamatan dan keberkesanan perlu dilakukan, termasuk ujian pada haiwan dan ujian klinikal pada manusia.

“Ini melibatkan kos tinggi dan proses yang panjang. Herba seperti misai kucing menjadi fokus utama saya kerana ia menunjukkan potensi sebagai agen anti-kanser. Namun, untuk menghasilkan ekstrak berkualiti tinggi secara konsisten, kami membangunkan teknik penanaman secara fertigasi, yang memastikan kandungan bahan aktif tetap stabil.

“Dengan ekstrak berkualiti tinggi, kami menjalankan ujian klinikal fasa awal untuk menguji keberkesanan produk kami. Hasilnya menunjukkan bahawa ekstrak herba ini dapat mengurangkan keletihan berkaitan kanser, memperbaiki kualiti hidup pesakit, dan membantu mengatasi kesan sampingan kemoterapi.

“Kami juga menjalankan penyelidikan terhadap penyakit lain seperti diabetic retinopathy dan triple-negative breast cancer. Penemuan kami membuktikan bahawa ekstrak herba dapat membantu mengurangkan kerosakan tisu dan meningkatkan kualiti hidup pesakit,” ujarnya kepada The Rakyat Insight.

Misai kucing, atau orthosiphon stamineus, benth adalah pokok herba yang terdapat di Asia Tenggara dan beberapa kawasan tropika Australia.

Ia mula menarik perhatian pengkaji seawal permulaan abad ke-20, apabila pokok ini diperkenalkan ke Eropah dan menjadi teh herba popular yang dikenali sebagai ‘Java Tea’.

Sebelum ini ekstrak pokok ini diguna secara meluas dalam perubatan tradisional untuk rawatan pelbagai penyakit terutama yang berkait dengan ginjal atau buah pinggang.

Bukan itu sahaja, daun misai kucing digunakan sebagai penawar bagi batu karang ginjal, diabetes, gout, penyakit saluran dan peredaran darah dan reumatisma.

Dalam pada itu, Dr. Amin berharap agar lebih ramai pihak, terutama di dalam bidang perubatan tidak lagi memandang sepi manfaat dan kepentingan perubatan herba sebagai rawatan penyakit.

Dengan permintaan dan penggunaan ubatan herba yang masih meluas, pihak kerajaan telah memperkenalkan Akta Dadah 1952 dan Akta Perubatan 1971 bagi mengawal penyalahgunaan tumbuhan herba tersebut.

“Malaysia kini telah memperkenalkan undang-undang baru yang membolehkan herba diklasifikasikan sebagai “produk semula jadi dengan tuntutan terapeutik.”

“Ini membuka peluang besar untuk herba tempatan menjadi sebahagian daripada arus perdana perubatan moden,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Amin yang terlibat dengan pelbagai kajian perubatan herba menawarkan rawatan tambahan kepada pesakit kanser melalui NatureCeuticals.

Antara produk perubatan herba yang dihasilkan dan mendapat kepercayaan pengguna adalah Nuvastatic, Uris Anti-oxcidant Drink, Canssu5 dan Heal.t Cafe.

BBerkaitan

Latest articles