Hentikan Politik Melaga-laga Menjelang PRU15

KUALA LUMPUR: Menghampiri penaman calon 5 November ini, sudah pasti pelbagai taktik kotor dan jahat dimainkan oleh setengah pihak.

Sehubungan itu UMNO Bahagian Kota Belud menyeru orang ramai, terutama pengundi di Parlimen Kota Belud untuk tidak terpedaya dengan tindakan sedemikian.

Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas memberitahu pihaknya maklum dengan penyebaran kain rentang yang
mengandungi mesej yang mengaitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Mesej yang berunsur bantahan atau penolakan terhadap pemimpin UMNO ini kononnya
disuarakan bagi pihak ahli UMNO dari kalangan kaum Bajau dan Iranun di Kota Belud.

“UMNO Sabah Bahagian Kota Belud memandang serius terhadap perkara ini dan menafikan sekeras-kerasnya keterlibatan UMNO dalam insiden ini.

“Tindakan sebegini jelas amat tidak demokratik dan bertentangan dengan prinsip
keterbukaan yang menjadi nilai dan pegangan di dalam parti UMNO.

“Demi menjaga nama baik parti dan seluruh keahlian UMNO di Kota Belud, saya meminta agar tindakan yang
tidak bertanggungjawab ini disiasat dan laporan akan dibuat kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Dalam masa yang sama, Fadli menggesa seluruh jentera UMNO bahagian untuk kekal fokus dan bersatu demi mencapai kemenangan bersama dalam PRU15 ini.

BBerkaitan

Latest articles