Henti Berbalah, Fahami Titah Sultan – MB Johor

Semua pemimpin politik di Johor digesa tidak menumpukan hal-hal politik semata-mata, sebaliknya berganding bahu menyelesaikan penbangunan negeri ketika negara dilanda Covid-19.

Menteri Besarnya, Datuk Hasni Mohammad meminta semua pihak di negeri itu menyelami sebaik-baiknya titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada semalam yang memberi amaran akan membubarkan DUN jika masih ada lagi pihak yang berebut kuasa.

“Apa yang amat saya harapkan daripada semua pemimpin, sama ada dalam blok kerajaan atau pembangkang ialah berganding bahu bersama-sama saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada semalam Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kecewanya terhadap perebutan kuasa yang berlaku di kalangan pemimpin politik hanya kerana kepentingan peribadi tanpa memikirkan nasib rakyat.

BBerkaitan

Latest articles